Friday, 11 January 2019

PENGENALAN SYARIKAT

Tuan Hj. Azmi Bin Hussein
(Director of Highplus Engineering Sdn. Bhd.)

Tuan Hj. Azmi B. Hussein meneraju syarikat Highplus Engineering Sdn Bhd bermula sejak 1994 dengan memberi tumpuan kepada industri pembuatan dalam bidang komposit fiberglass.
Bengkelnya yang mempunyai keluasan 5,000 kaki persegi terletak di atas tanah milik sendiri seluas hampir 2 ekar di kawasan pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan memberi keselesaan kepadanya untuk melaksanakan kerja-kerja pembuatan dan mempelbagaikan pengeluaran produknya.

Antara produk yang dihasilkannya ialah tangki air FRP berbagai saiz dari 1,000galon hingga 22,000galon, tangki untuk akuakultur dari 0.5 ton hingga 10 ton berbagai bentuk bulat atau empat segi, tangki untuk induk ikan dari 20 ton hingga 50 ton, kolam renang mini, perabut jalan, penutup longkang, rumah jaga, tandas mudah alih untuk disewa dan berbagai bekas mengikut kehendak pelanggan, jabatan kerajaan dan swasta.

Untuk makluman, sebelum menceburi bidang komposit fiberglass Tuan  hj Azmi mempunyai  kemahiran dalam bidang kerja-kerja kalis air (waterproofing system), pu grout, cement grout dan pembaikan konkrit. Perniagaan ini dimulakan sejak 1988 melalui syarikat Jurubina Enterprise,  iaitu sebaik sahaja beliau tamat belajar dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Mulai 2008 pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah mentauliahkan tempat beliau sebagai Pusat Latihan Kemahiran. Syarikatnya diberi kuota untuk mengambil belia dan melatih mereka selama dua tahun sehingga mencapai tahap Juruteknik Komposit (skm tahap 3). Pada tahun yang sama syarikat  beliau juga telah dilantik oleh CIDB Malaysia sebagai Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor, khusus untuk menyebarkan ilmu yang berkaitan kerja kalis air/pembaikan konkrit kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB/PKK.

Pada tahun 2015, beliau memperluaskan lagi perniagaan dengan menceburi bidang perkhidmatan mesin air layan diri dan mesin air (RO water). Sehingga kini, beliau telah menyediakan perkhidmatan ini di  40 lokasi di sekitar Kelantan.



No comments:

Post a Comment